Jumaat, 24 April 2009

Tahyul Kanak-kanak

Posted by thinker on 21/04/2009

Innalillah Wa Inna Ilaihi Roji’un. Itulah kalimat yang tepat diucapkan ketika itu. Seorang hamba Allah telah kembali ke satu alam ‘persinggahan’. Bacaan tahlil selama 3 hari berturut-turut dijalankan di rumah saudara terdekat hamba Allah tersebut. Kebetulan, Si Fulan adalah dari kalangan orang kampung ayah saya. Jadi, saya tidaklah janggal ketika berada di sana untuk berborak seketika setelah membaca tahlil.

Aneh, ke mana perginya adik-adik kat sini. Means… anak-anak kepada makcik pakcik tuan rumah kat sini, termasuk jiran sebalah. Saya tidak nampak gelagat dan kelibat mereka. Tidak seperti kebiasaannya, bahawa mereka akan berkeliaran dan bertenggek pada emak atau berada di luar bermain-main atau ‘berseloka’ (borak-borak budak bawah umur) sesama sendiri.

“ke mana budak-budak kat sini Makcik?”

“Semuanya ke rumah makciknya, termasuk sepupunya kat sebelah. Diorang takut dengan HANTU”

“Owh….” tanda mengerti dan faham.

Berjalan pulang sambil berfikir.

Tersenyum kerana LUCU. Apakah Mayat yang sudah TAMAT riwayat hidupnya di dunia, setelah dicabut nyawanya oleh Sang Malaikat, mampu memudaratkan manusia yang hidup?

Sedih kerana TAHYUL. Pemikiran yang aneh-aneh seperti itu, tidak terbendung oleh orang tua mereka sendiri. Kalau benarlah mereka telah melakukan kesalahan pada si fulan, telah dicatat oleh Sang Malaikat sebagai bekal nanti di akhirat.

Tapi, kalau berdasarkan cerita-cerita horor di TV, HANTU boleh je datang ke mana-mana rumah, dan bukan rumahnya sahaja. Malah, HANTU (base on TV) boleh mencari ‘mangsanya’ dengan mudah. Entah ilmu silap mata apa yang dia guna. HANTU ni, agaknya berguru dengan David Copperfield kot… haha. So, tidak perlu ke mana-mana dik Oiii… Sebab HANTU tahu anda di mana! Aduhai… Mmg LUCU!

Menulis (baca : menaip) sambil terkenang masa kecil Sang Penulis sendiri. Apakah dulu saya juga seperti itu? Hmm…

Wallahu’alam…

http://bahrulfikri.wordpress.com

0 comments:

Join Sahabat Tazkirah

Subscribe to SahabatTazkirah

Powered by us.groups.yahoo.com

Pengikut


 

Design by Amanda @ Blogger Buster