Sabtu, 2 Mei 2009

Posisi tidur menurut Islam dan Sains

Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gump alan belakang badan yang besar yang mengh alan g dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara...
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.
Moga ada manfaat,

Wallahuaqlam.

Jumaat, 1 Mei 2009

TERTIPU

Nangis tertipu
Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my

TERTIPU...Haniah sebak mengenang kejadian yang menimpa dirinya.

PETALING JAYA: Seorang warga emas kerugian RM11,000 hanya mampu menitis air mata selepas diperdaya seorang wanita yang menawarkan pekerjaan kepadanya, petang kelmarin.

Menurut mangsa, Haniah Osman, 58, dia didatangi suspek yang berperwatakan menarik yang menawarkan kerja kepadanya sebagai tukang masak di kantin sebuah sekolah dengan gaji RM950 sebulan.

“Sebelum ini, wanita berambut perang paras bahu itu ada datang ke Flet Seri Gasing dua hari berturut-turut kononnya untuk mencari pekerja.

“Wanita itu menemui saya yang mengalami sakit sendi sejak lima tahun lalu sebelum berpura-pura simpati dengan penderitaan yang saya alami.





“Dia menawarkan kerja di kantin sekolah kepada saya, tetapi saya enggan kerana ketika ini saya bekerja di kedai makan anak saudara yang terletak berhampiran rumah selain memberi alasan mengalami sakit lutut menyebabkan saya tidak mampu berdiri lama,” katanya ditemui di kediamannya di sini, semalam

Menurutnya, wanita terbabit yang gagal memujuknya bekerja menawarkan khidmat untuk membawanya menjalani rawatan lutut secara akupuntur di sebuah hospital di Cheras.

“Ketika itu saya baru sampai di rumah dan ingin berehat, tiba-tiba wanita itu datang menaiki sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam memberitahu dia sudah membuat temujanji dengan doktor terbabit.

“Tanpa sempat menyalin pakaian dan dengan ditemani suami, saya dibawa ke hospital berkenaan dan dalam perjalanan wanita terbabit sempat menyuruh saya meninggalkan barang kemas yang dipakai kononnya untuk menjalani imbasan X-Ray,” katanya yang kemudian menyerahkan beg tangan itu kepada suaminya untuk disimpan.

Wanita licik itu kemudian membawa warga emas itu ke tingkat dua bangunan hospital dan meninggalkannya di situ dengan alasan untuk mengambil barang yang tertinggal dalam kereta.

“Rupa-rupanya dia pergi menemui suami dan mengambil beg tangan kononnya diarahkan oleh saya, lalu menghilangkan diri,” katanya yang kerugian apabila tiga utas rantai, seutas gelang, dua bentuk cincin, sepasang subang serta wang tunai yang semuanya bernilai hampir RM11,000 lesap.

“Saya hampir pengsan apabila menyedari ditipu namun bernasib baik kerana tidak dicederakan,” katanya yang meminta orang ramai berhati-hati jika didatangi wanita berkulit cerah, berbadan gempal yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Rabu, 29 April 2009

Kebolehan bercakap

  • Di antara keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada manusia ialah kebolehan bercakap.
  • Oleh itu boleh "bercakap" itu ada lah juga amanah Allah kepada manusia.
  • Orang mukmin hendak lah berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap.
  • Takut takut "cakap" nya itu di benci orang dan di murkai Allah.
Islam menganjurkan manusia apa bila hendak bercakap kena hati hati saperti yang di sabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Akhirat hendaklah ia bercakap yang baik atau diam sahaja."

Orang yang bercakap mempunyai tujuan yang berbeza beza.Dan boleh di kategorikan saperti berikut:
  1. Golongan cakap orang merapu
  2. Golongan orang peramah
  3. Golongan kaki cakap
  4. Golongan cakap sebagai pejuang
  5. Golongan cakap orang politik
  6. Golongan cakap orang pendiam
  7. Golongan cakap orang sombong
  8. Golongan cakap orang biasa
  9. Golongan cakap cakap nak perdaya
  10. Golongan petah bercakap
  11. Golongan cakap hendak tunjuk pandai
  12. Golongan cakap cakap kotor dan lucah
  13. Golongan cakap suka memaki
Selain dari di atas ada peringkat peringkat yang bercakap ialah:
  1. Bercakap perkara yang perlu sahaja
  2. Bercakap yang terpaksa
  3. Bercakap kerana kewajiban
  4. Tidak suka bercakap
  5. Bercakap yang sengaja di sukat kerana menjaga status
  6. Bercakap yang menggoda.

Salaam & Regards
Amri el Wahab
68000 Ampang, Selangor
MALAYSIA
SMS: 0122441105
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com

Jumaat, 24 April 2009

Tahyul Kanak-kanak

Posted by thinker on 21/04/2009

Innalillah Wa Inna Ilaihi Roji’un. Itulah kalimat yang tepat diucapkan ketika itu. Seorang hamba Allah telah kembali ke satu alam ‘persinggahan’. Bacaan tahlil selama 3 hari berturut-turut dijalankan di rumah saudara terdekat hamba Allah tersebut. Kebetulan, Si Fulan adalah dari kalangan orang kampung ayah saya. Jadi, saya tidaklah janggal ketika berada di sana untuk berborak seketika setelah membaca tahlil.

Aneh, ke mana perginya adik-adik kat sini. Means… anak-anak kepada makcik pakcik tuan rumah kat sini, termasuk jiran sebalah. Saya tidak nampak gelagat dan kelibat mereka. Tidak seperti kebiasaannya, bahawa mereka akan berkeliaran dan bertenggek pada emak atau berada di luar bermain-main atau ‘berseloka’ (borak-borak budak bawah umur) sesama sendiri.

“ke mana budak-budak kat sini Makcik?”

“Semuanya ke rumah makciknya, termasuk sepupunya kat sebelah. Diorang takut dengan HANTU”

“Owh….” tanda mengerti dan faham.

Berjalan pulang sambil berfikir.

Tersenyum kerana LUCU. Apakah Mayat yang sudah TAMAT riwayat hidupnya di dunia, setelah dicabut nyawanya oleh Sang Malaikat, mampu memudaratkan manusia yang hidup?

Sedih kerana TAHYUL. Pemikiran yang aneh-aneh seperti itu, tidak terbendung oleh orang tua mereka sendiri. Kalau benarlah mereka telah melakukan kesalahan pada si fulan, telah dicatat oleh Sang Malaikat sebagai bekal nanti di akhirat.

Tapi, kalau berdasarkan cerita-cerita horor di TV, HANTU boleh je datang ke mana-mana rumah, dan bukan rumahnya sahaja. Malah, HANTU (base on TV) boleh mencari ‘mangsanya’ dengan mudah. Entah ilmu silap mata apa yang dia guna. HANTU ni, agaknya berguru dengan David Copperfield kot… haha. So, tidak perlu ke mana-mana dik Oiii… Sebab HANTU tahu anda di mana! Aduhai… Mmg LUCU!

Menulis (baca : menaip) sambil terkenang masa kecil Sang Penulis sendiri. Apakah dulu saya juga seperti itu? Hmm…

Wallahu’alam…

http://bahrulfikri.wordpress.com

Ahad, 19 April 2009

Manusia yang didoakan oleh malaikat


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat 26-28)

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.

Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Sumber : ShukurOrg

--
- BawangGoreng -
http://bawangorengn et.blogspot. com/
http://mambangdiawa n-kiosk.blogspot .com/

Jumaat, 17 April 2009

Gerakan MURTAD kepada Orang Melayu: FAKTA KES TAMAN KLCC

KITA UMAT ISLAM WAJIB MENJAGA MARUAH UMAT ISLAM...
BUKANNYA MENJAGA KEIMANAN INDIVIDU!!!

tetapi k ita sebagai rakyat... kuasa terhad...
hanya pemimpin sahaja yang mempunyai kuasa....

ALHAMDULILLAH. .. k ita ada pemimpin Mel ayu jadi Pemimpin k ita ...
seperti yang Raff sebutkan dalam forum terdahulu... .

Ulamak-ulamak berpendapat bahawa...
Pemimpin Melayu islam sekarang meletakkan hukum ALLAH ditapak kaki...
terutama Hukum melibatkan murtad!!!

MARUAH UMAT ISLAM TIDAK DIJAGA OLEH PEMIMPIN MELAYU...
PENDAKWAH KRISTIAN TIDAK TAKUT BERDAKWAH KEPADA MELAYU DI MALAYSIA NI..
PENDAKWAH KRISTIAN TAHU... PEMERINTAH MEREKA TIDAK AMBIL APA-APA TINDAKAN..
INI KERANA "KEBEBASAN BERAGAMA"....

benar atau tidak pendapat Ulamak ini..

Raff cer ita ini kisah benar!!!
semasa Raff lepak di Taman KLCC...
kita sebagai pengembara.. .. bukan setakat mengembara dalam hutan..
di bandaraya pun k ita mengembara jugak....
memerhati apa yang berlaku di masyarakat sekeliling.. .



benarlah apa yang dicer ita kan dalam Mastika...
terdapat beberapa couple sedang berpelukan di taman KLCC ini...
tanpa sebarang tindakan.... menunjukkan bahawa...
Maruah Islam hampir tidak ada di sini....

sambil melihat kanak-kanak dok mandi di kolam...
tiba-tiba..Seorang pendakwah Kristian datang kepada Raff..



sambil melaung-laungkan "Dakwah Kristiannya"...
dan memberikan artikel ini kepada Raff....







RAFF BERISTIGHFARRRRRRR! !!!
SAMPAI MACAM TU SEKALI BERANINYA MISIONARIS KRISTIAN
MEMURTADKAN ORANG MELAYU...
kalau kat Kelantan buat camni... dah lama patah riuk dah paderi ni...
tapi ini kat KL... silap-silap kita yang kena belasah!!

raff tengok paderi ini menyebarkan risalah ini kepada
beberapa anak muda melayu yang lepak di Taman KLCC....

ANDA SEMUA BOLEH BERFIKIR sendiri....
MENGAPA RAMAI REMAJA MELAYU MURTAD SEKARANG!!!!


Dari Email JUNHAIRI BIN ABD JALIL

Rabu, 15 April 2009

Peraturan dan Panduan Berkaitan Iklan Di Sahabat Tazkirah Group

Assalamualaikum

Terima kasih di atas komen-komen yang diterima oleh ahli sahabat tazkirah. Pihak Moderator telah tetapkan beberapa peraturan dan panduan berkaitan iklan di sahabat tazkirah group.

1. Ahli group dibenarkan menghantar email iklan ke email group pada hari Ahad, Selasa dan Khamis serta ahli group juga boleh iklankan sebarang produk dan lampirkannya seperti di link (files) ini : http://groups.yahoo.com/group/SahabatTazkirah/files/
atau

Untuk Dijual / Dibeli (Memasarkan sebarang jenis produk atau aset samada untuk dibeli atau dijual. Sila iklankan di sini) : http://groups.yahoo.com/group/SahabatTazkirah/app/forsale/view/list
Terdapat juga:

· Birthday (hari jadi ahli) : http://groups.yahoo.com/group/SahabatTazkirah/app/birthdays/view/table

· Jawatan Kosong (Untuk Majikan Iklankan kekosongan jawatan) : http://groups.yahoo.com/group/SahabatTazkirah/app/jobs/view/list
(tiada iklan saham, MLM, skim cepat kaya atau seumpamanya yang dibenarkan sama sekali)

2. Jika ahli group masih menghantar emel iklan bertalu-talu ke group, pihak Sahabat Tazkirah akan menyekat ahli dari terus menghantar email ke group dan email ahli tersebut tidak akan sampai ke group lagi.

3. Segala maklum balas yg berminat berkaitan tentang iklan perniagaan hendaklah terus dihantar ke pengirim emel dan bukan ke SahabatTazkirah@yahoogroups.com

Diharap ahli Sahabat Tazkirah memahami dan mematuhi peraturan dan panduan berkaitan iklan ini, pihak moderator mengalur-alurkan sebarang artikel berbentuk ilmiah dan keagamaan untuk kebaikkan bersama.


Wassalam.

Ikhlas
Moderator
Sahabat Tazkirah
Weblog : http://sahabat-tazkirah.blogspot.com/
Laman utama Sahabat Tazkirah : http://groups.yahoo.com/group/SahabatTazkirah

Selasa, 7 April 2009

Salam Sejahtera Sahabat Tazkirah

Komuniti Sahabat Tazkirah adalah keahliannya terdiri daripada pelbagai bidang dan pengguna ICT yang aktif serta percaya, ia dapat memberi sumbangan yang berfaedah dalam komuniti ini. Komuniti ini tidak terikat dengan mana-mana fahaman politik atau kepercayaan.

Penubuhannya diharap dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli, disamping jadikan ruangan ini untuk berkomunikasi dan merehatkan minda serta menghantar artikel yang berbentuk ilmiah dan keagamaan, program-program bermanfaat dan info-info terkini.

Ahli group dilarang menghantar artikel berunsur perkauman, bahan-bahan lucah, MLM dan skim cepat kaya.

Laman utama Sahabat Tazkirah : http://groups.yahoo.com/group/SahabatTazkirah/

Anda boleh mula menghantar email untuk dikongsi ke : SahabatTazkirah@yahoogroups.com

Untuk menyertai, hantar emel kosong ke : SahabatTazkirah-subscribe@yahoogroups.com

Persahabatan sejati selayaknya kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah.

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Karana semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya.

Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah.

Bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri.

Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu mencuba jadi tuhan dengan mengadili dan menghakimi. Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati. Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita serta suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeza. Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati, bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata!

Ikhlas

Moderator
Sahabat Tazkirah

Join Sahabat Tazkirah

Subscribe to SahabatTazkirah

Powered by us.groups.yahoo.com

Pengikut


 

Design by Amanda @ Blogger Buster